Assalamualaikum
Hai semua , apa kabar ???
alhamdulilah sekarang kehidupan lebih membaik dan hari nie acik nak kongsikan
sedikit rahsia.Walaupun telah menjadi sepasang kekasih , tak semua lelaki suka
mengungkapkan banyak hal. Terbukti, ada beberapa hal yang disembunyikannya dari
wanita. Apa sajakah itu?
Sikap lelaki yang “cool” terkadang
membuatkan lelaki kelihatan lebih macho dan tidak mempunyai masalah . Ada juga lelaki yang
selesa untuk mengungkapkan apa yang dia suka dan tak suka pada perempuan .Dan
di balik sisi "cool" terdapat pekara yang lelaki tidak pernah
memberitahu kepada perempuan..Meh acik kongsikan ...dan bocorkan..dan sebab
tadi kawan perempuan acik minta pendapat kerana mereka selalu bergaduh dan
kerap berselisih pendapat dengan pakwe dye ,..ahhh so meh acik kongsikan sikit
biar kamu faham sikit lelaki nie
1.Lelaki inginkan Perempuan
berkenalan dengan kawan-kawan baik lelaki
Bagi Lelaki, mereka tidak hanya
menginginkan pasangannya mencintai dirinya saje, tapi juga perlu berkenalan
dengan kawan-kawann baiknya. Mereka
tidak mungkin bergaul sepanjang waktu tapi setidaknya ketika ada
kesempatan,gunakan waktu tersebut untuk dapatkan maklumat dan reaksi
rakan-rakan terdapat pasangan dan dapat
memanfaatkan waktu tersebut untuk si perempuan mengenali dengan siapa biasa
lelaki selalu keluar.
2.
Lelaki tidak suka ketika di depannya Perempuan memuji lelaki lain.
Mungkin
memuji seorang artis terkenal yang di jadikan idola ataupun sesiapapon lelaki
depan lelaki tu, lelaki sangat tak menyukai ketika pasangannya memuji lelaki
lain.Lagi-lagi kalau di bandingkan dengan lelaki yang lain.
3.
Lelaki takut jika pasangannya menemukan lelaki yang lebih baik darinya
Kekhawatiran
lelaki pada pasangannya jika dia bakal menemukan lelaki yang lebih baik darinya
memang kerap menghantui. Hal ini sering membuat dirinya sangat bimbang dan
risau. Walaubagaimanapun, lelaki selalu pandai menyembunyikan kekhawatirannya
tersebut ketika di hadapan perempuan.Terutama perempuan memperkenalkan kawan
rapat lelakinya kepadanya.
4.
Suka menyekat hobi lelaki
Lelaki
mempunyai minat yang tersendiri seperti bermain bola sepak, futsal, badminton
,game dan macam-macam lagi .Seorang wanita yang baik akan membiarkan pasangan
melakukan hal yang ia sukai dan menyokongnya. Namun lelaki sangat tak suka bila
pasangan wanita menghalang dan meminta agar menghentikan aktiviti mereka.
Kalaupun mereka mengiyakan, itu hanya mereka tak punya pilihan atau menghindari
konflik.
5.Lelaki
tak suka perempuan yang suka mendesak dan kaki kongkong
Pernah
dapat tak mesej dari lelaki hanya jawab "k" ,lelaki paling bosan
kalau perempuan nak mesej 24 dan asyik call untuk update di mana saje. At least
4-5 kali pon dah okey . Lelaki paling tak suka kalau perempuan mendesak untuk
membuat sesuatu,biarkan buat dengan ikhlas.
6. Lelaki
tak pandai memujuk
sebenarnya
kebanyakkan lelaki tak pandai memujuk pasangan mereka. lagi-lagi
kalau masa merajuk dan lelaki sangat strees bila pasangan merajuk. Sebab bila
perempuan nie merajuk agak lame yer ...dan makan masa dan suka berungkit
...hehehhe
7)
Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?
Bila
dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi
cinta bagi perempuan dalam hal ni.
Definisi
lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan
dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta
dan ambil berat.
Kalau
dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda
boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu
TIDAK bermakna dia tak cintakan kamu..
maaflah
kalau ada yang terlebih dan terkurang.... nie jer yang mampu acik sajikan untuk
tatapan pembaca..acik bukanlah juga lelaki yang sempurna terlalu banyak
kelemahan tetapi untuk memberi tauladan kepada kaum hawa tentang lelaki. oklah
sampai sini dulu yer kalau ada yang tak kena bagitahu ..bye bye adios...
No comments:
Post a Comment