Saturday 15 December 2012

Kaedah pengiraan Zakat Pendapatan


KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT
Firman Allah..
" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "
Al-Baqarah, ayat 43
...
Firman Allah..
" Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya dapat membersihkan diri mereka daripada dosa dan menyucikan mereka dari akhlak yang buruk.."
At-Taubah, ayat 103
...
Hadith Rasulullah S.A.W" Bentenglah harta kamu dengan berzakat dan ubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan menangis dan mengadu kepada Allah "
Riwayat Abu Daud, At-Tabarani dan Al-Baihaqi
...
Kewajipan mengeluarkan Zakat kepada pemerintah
Hadith Rasulullah S.A.W
, diriwayatkan oleh Sa'id ibn Mansur dari Suhail r.a katanya :
" Telah berkumpul padaku nafkah, yang padanya ada zakat, yakni telah sampai nisab zakat, maka aku bertanya kepada Saad Ibn Umar, Abu Said Al-Khudry, Abu Hurairah, kataku: Apakah aku mengagihkannya sendiri atau aku berikan kepada penguasa? Semua mereka menyuruh aku memberikan kepada penguasa. Seorang pun tidak akan ada di antaranya yang menyuruh aku agih sendiri.."
...


ZAKAT PENDAPATAN
Gaji / Pendapatan
Gaji ialah bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional.


Kaedah pengiraan Zakat Pendapatan
Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Kiranya sama atau melebihi nisab maka dikeluarkan zakatnya 2.5%.
Keperluan asas sebenar pada tahun semasa :
1. Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi :
a. Sara diri - RM 9,000.00
b. Isteri - RM 3,000.00 x Bilangan isteri
c. Anak - RM 1,000.00 x Bilangan anak
d. Mereka yang dibawah tanggungannya.
2. Perubatan
3. Pendidikan


Contoh pengiraan
A. Pendapatan

Gaji
RM 36,000.00
ElaunRM 6,200.00
BonusRM 4,000.00
Jumlah pendapatan SetahunRM 46, 200.00
B.Perbelanjaan
Penolakan
Saraan diriRM 9,000.00
IsteriRM 3,000.00
Anak RM 1,000.00 x 4 orangRM 4,000.00
Saraan ibu dan bapa RM200.00 x 12 bulan
RM 2,400.00
Perubatan anak RM200.00 x 12 bulanRM 2,400.00
Jumlah penolakan setahunRM 20,800.00
Pendapatan (A) - Perbelanjaan (B)RM 25,400.00
Zakat = RM 25,400.00 x 2.5%RM 635.00 (setahun)
*RM 53.00 (sebulan)
* Bayaran zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan daripada tolakan-tolakan yang dibenarkan di atas.


No comments:

Post a Comment