rainbow link

bubble cursor

Saturday 14 January 2012

Pengiraan Cukai Pendapatan


Baru-baru ini kerajan telah mengumumkan bahawa caruman KWSP akan dikurangkan dari 11% kepada 8% bermula Januari 2009. Sesiapa yang mahu mengekalkan 11% caruman perlu mengisi borang khas KWSP Disember 2009.

Persoalannya adakah pengurangan caruman ini akan memberi kesan kepada cukai yang kena dibayar oleh seseorang itu. Untuk tujuan itu mari kita teliti contoh berikut

Contoh 1

Jadual Kadar Cukai

  

Seorang yang mempunyai gaji bulanan RM 4,000.00. Bujang dan tiada pelepasan lain dituntut kecuali KWSP.

KWSP 11% RM 440.00 x 12 bulan = RM 5,280.00
KWSP 8% RM 320.00 x 12 bulan = RM 3,840.00


Senario 1 - Kekalkan caruman 11%


Senario 2 - Kurangkan caruman kepada 8%


Perbezaan cukai kena dibayar RM 526.00


Contoh 2


Seorang yang mempunyai gaji bulanan RM 4,000.00. Bujang dan mempunyai polisi insuran hayat dan perubatan RM 200.00 sebulan (RM 150 untuk hayat dan RM 50 untuk perubatan), Yuran Langanan Jalur lebar (RM69/Sebulan), Pembelian Buku, Majalah, Terbitan & Jurnal: RM750, Pembelian Komputer Peribadi: RM 1900.


KWSP 11% RM 440.00 x 12 bulan = RM 5,280.00
KWSP 8% RM 320.00 x 12 bulan = RM 3,840.00
Insuran hayat RM 150.00 x 12 bulan = RM 1,800.00
Insuran perubatan RM 50.00 x 12 bulan = RM 600.00
Jalur Lebar RM69.00 X 12 bulan = RM 828
Buku & Majalah: RM750
Komputer Peribadi = 1900.00

Senario 1 - Kekalkan caruman 11%

Senario 2 - Kurangkan caruman kepada 8%

Perbezaan cukai kena dibayar RM 25.20

Dari 2 contoh di atas didapati perbezaan yang agak besar untuk Contoh 1 tetapi perbezaan yang kecil untuk Contoh 2. Perbezaan antara Contoh 1 dan 2 adalah Pelepasan Insuran hayat dan perubatan di Contoh 2. Jadi kesimpulannya tiada perubahan yang ketara sekiranya dikurangkan caruman dari 11 % ke 8% sekiranya kita juga menuntut pelepasan lain yang dibenarkan disamping pelepasan KWSP. Ada 19 kategori pelepasan semuanya yang dibenarkan. Terpulanglah kepada kita untuk menuntutnya atau tidak. Sistem Taksir Sendiri bermakna cukai kita sendiri yang mengiranya. Jadi berapa banyak cukai yang akan dibayar terpulang kepada perancangan cukai kita.

Zakat merupakan salah satu rukun Islam dan wajib dikerjakan oleh orang Islam bagi yang cukup haulnya. Cukai Pendapatan pula adalah diwajibkan oleh kerajaan untuk orang yang layak dikenakan cukai. Kedua duanya dibayar kepada kerajaan. Zakat digunakan untuk membangunkan ekonomi Islam dan membantu orang fakir miskin untuk hidup sepertimana orang yang biasa. Cukai pendapatan pula digunakan untuk pembangunan negara seperti pembinaan infrastruktur dan lain-lain.
Ada orang berkata buat apa bayar cukai. Cukai tiada di dalam hukum Islam. Malah ada yang kata haram bayar Cukai Pendapatan. Sebenarnya kalau kita baca sejarah zaman Rasulullah kita tentu akan terjumpa istilah Jizyah iaitu suatu bayaran yang diwajibkan ke atas orang bukan Islam yang tinggal di dalam kerajaan Islam di Madinah. Bagi orang Islam tidak perlu membayar Jizyah tetapi perlu membayar Zakat.

Dalam konteks Malaysia, kerajaan telah cuba mengintegrasikan zakat dan cukai pendapatan dengan pemberian rebat ke atas zakat yang telah dibayar oleh umat islam. Tiada had. Seberapa banyak pun zakat yang dibayar akan ditolak dari cukai yang sepatutnya kena bayar. Dengan syarat zakat dibayar di dalam tahun taksiran yang berkenaan dan resit adalah dari Jabatan Agama Islam Negeri Negeri di Malaysia.

Contoh

Ali sepatutnya membayar cukai pendapatan sebanyak RM450.00. Ali telah membayar zakat pendapatan RM400.00, zakat simpanan RM50.00 dan zakat fitrah RM20.50. Jumlah zakat dibayar RM 470.50. Jadi Cukai Ali ditolak dengan Rebat Zakat (terhad kepada amaun cukai) Ali tidak perlu membayar lagi cukai pendapatan.


Tidak cukup dengan itu bagi sesiapa yang telah membuat potongan zakat melalui potongan gaji setiap bulan sekiranya amaun potongan itu sama atau berlebihan berbanding dengan amaun potongan cukai berjadual yang sepatutnya dibuat potongan maka dia dikecualikan dari membuat potongan cukai berjadual sama sekali. Sekiranya amaun potongan zakat yang dibuat kurang dari potongan cukai berjadual yang sepatutnya dipotong maka jumlah potongan cukai berjadual yang perlu dibuat potongan hanyalah beza antara amaun potongan zakat dan amaun potongan cukai berjadual yang sepatutnya dibuat potongan. Mungkin nampak macam berbelit-belit tetapi akan mudah jika dilihat melalui contoh berikut.

Contoh 1

Ahmad membayar zakat pendapatan melalui potongan gaji dengan Pusat Zakat Selangor. Potongan zakat dibuat sebanyak RM 50.00. Mengikut jadual Potongan Cukai Berjadual(PCB) di dalam Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan Ahmad layak kena potongan PCB sebanyak RM50.00. Jadi oleh kerana Ahmad telah membuat potongan zakat, Majikan tidak perlu membuat potongan PCB lagi.

Contoh 2

Abu membuat potongan zakat RM 40 sebulan. Abu layak kena potongan PCB sebanyak RM55 sebulan. Jadi Majikan cuma perlu buat potongan PCB atas beza potongan zakat dengan amaun PCB sepatutnya dipotong sahaja iaitu RM 55 - RM 40 = RM 15 sahaja. Tambahan RM 15 sahaja yang perlu dibuat potongan cukai oleh Majikan.

Begitulah komitednya kerajaan di dalam menggalakkan orang Islam melaksanakan rukun Islam ke 4 ini. Namun berapa ramai orang yang mengaku beragama Islam melaksanakan rukun Islam ini. Sama-samalah kita fikirkan.

No comments:

Post a Comment