rainbow link

bubble cursor

Sunday 22 January 2012

Orang Terkaya Di Malaysia - 2011

Senarai individu terkaya di Malaysia 2011 telah pun dikeluarkan pihak media. Yang kaya menjadi semakin kaya.Hanya tahniah yang kami mampu ucapkan. Bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai aset lebih RM 1 Bilion meningkat kepada 27 orang tahun ini berbanding 22 orang tahun lalu.

Gabungan aset 40 individu paling kaya di negara ini juga meningkat sebanyak 30% kepada RM 206.27 bilion daripada 156.7 bilion. Robert Kuok yang kembali semula dalam perniagaan gula tahun lalu terus mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia dengan aset bernialai RM 50.04 bilion.

Jutawan komunikasi, Ananda Krishnan di tempat kedua dengan RN 45.78 bilion, meningkat 70 peratus daripada tahun lalu.Kedudukan ketiga pula milik Tan Sri Teh Hong Piow, yang melonjak satu anak tangga dengan aset RM 12.77 bilion.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukannya sebagai orang melayu terkaya di Malaysia.Pendapatan asetnya meningkat sebanyak 50% kepada Rm 8.84 bilion. Berikut di bawah adalah senarai lengkap 10 rakyat malaysia paling kaya 2011.

  • Robert Kuok Hock Nien-RM 50.04 bilion – Gula Pasir
  • T. Ananda Krishnan-RM 45.78 bilion – Maxis,Astro
  • Tan Sri Teh Hong Piow-RM 12.77 bilion - Chairman of Public Bank Berhad
  • Tan Sri Lee Shin Cheng-RM 12.73 bilion -  IOI Corporation Berhad
  • Tan Sri Lim Kok Thay-RM 10.89 bilion - Genting Berhad
  • Tan Sri Quek Leng Chan-RM 10.75 bilion - Executive Chairman of Hong Leong Industries Berhad
  • Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary-RM 8.84 bilion – Johor Port
  • Puan Sri Lee Kim Hua-RM 7.42 bilion – Genting Group
  • Tan Sri Tiong Hiew King-RM 4.772 bilion - chairman of the Rimbunan Hijau Group, a timber company
  • Ong Beng Sheng-RM 3.987 bilion - Managing Director of HPL

Ada tiga pendatang baru dalam senarai rakyat Malaysia yang memiliki kekayaan lebih dari RM 1 bilion. Mereka adalah:

Tan Sri Leong Huy Kum- Mah Sing Group
Datuk Seri Stanley Chai-Supermax Corporation Sdn.Bhd
Datuk Tan Heng Chew- Tan Chong Holdings Bhd.

Adakah kedudukan Robert Kuok akan dirampas juga satu hari nanti? Kita tunggu dan lihat.

Jom Buat Belanjawan Anda..

Bagi yang tak pernah buat belanjawan sendiri, anda boleh ikut langkah berikut.

Pastikan anda merekod semua perbelanjaan anda...

Sekarang dah canggih, takkan la tak pandai guna Excel kan.. tak pun tulis kat kertas jer seperti berikut:

Ni contoh jer, anda boleh buat ikut kesesuaian...

Mula-mula kira sumua duit anda dulu, yang dalam bank, dalam dompet, bawah tilam, bawah karpet ker, dalam tabung... hah barapa ada cukup ke tuk berberapa bulan lagi kalau tetiba company tempat anda kerja tu lingkup atau buang anda... 

Lepastu kira semua hutang yang ada ... jangan pening ok... sekiranya anda bijak berbelanja anda pasti ok..

Buatlah belanjawan untuk melihat dengan lebih jelas lagi mana duit anda pergi... biarlah orang cakap apa pun
"buat ape nak tulis-tulis.. buang masa kau jer.. duit dah kuar takkan datang balik... itu semestinya.. tapi kita perlu rekod supaya kita lebih berhati-hati untuk hari mendatang dan merancang kewangan dengan lebih bijak..
Buang sifat M (malas) ... anda cuma perlu merekod pada waktu malam sahaja bukan setiap minit.. tak rugi pon.

Asingkan perbelanjaan harian anda kepada

  1. Makan & Minum (Food & Beverages) - Semua perbelanjaan makan mimum anda boleh direkod di ruang ini.
  2. Maintenance - Semua perbelanjaan beli barangan maintenance rumah atau kereta boleh diredod di ruang ini.
  3. Body Care - Semua pembelian barangan seperti bedak, minyak rambut, pencuci muka, ubat gigi dan lain-lain barangan penjagaan diri.
  4. Book - Semua perbelanjaan buku dan majalah perlu direkod supaya senang untuk kira rebat percukaian anda (sekiranya anda layak dikenakan cukai pendapatan)
  5. Entertainment - Semua perbelanjaan anda sekiranya menonton wayang, kos beriadah dan lain-lain entertainment.
  6. Lain-lain (Others) - Semua perbelanjaan lain anda seperti potong rambut, derma, duit untuk wedding kawan, hadiah birthday kawan dan lain-lain. 





Bila dah cukup sebulan, anda boleh sediakan summary bagi melihat jumlah perbelanjaan anda.

Ini penting supaya anda dapat merancang perbelanjaan anda untuk bulan berikutnya... motif penyediaan belanjawan adalah supaya anda mengetahui kemana wang anda pergi dan mengelak dari terlebih belanaja.

Contoh summary:

Katakan anda menetapkan perbelanjaan harian anda sebanyak RM400 dijangka untuk bulan Januari, bermakna bulan Januari ada 4 minggu, bermakna perbelanjaan anda seminggu adalah RM100. 


Selain perbelanjaan harian anda, anda juga perlu mengetahui perbelanjaan bulanan anda seperti:
  1. Personal Loan
  2. Car loan
  3. Housing Loan
  4. Bagi Mak & Ayah
  5. Anak-anak (Sekiranya ada)
  6. Bil Air dan Api
  7. Petrol
  8. Telephone bill
  9. Astro (Jika ada - kalau boleh terminate)
  10. Internet bill (sekiranya ada)
  11. Tambang Bas Sekolah anak (sekiranya ada)
  12. Yuran letak kereta (sekiranya ada)
  13. Simpanan (Saving) - sila baca nota yang sebelum ini... (10% daripada pendapatan bulanan anda sekiranya boleh, jika tidak, mulakan dengan 1% daripada pendapatan anda dan diikuti dengan kenaikan kadar sekiranya perlu... untuk anda jugakan... 



Monday 16 January 2012

SARA - SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA

Skim amanah khas bantu 100,000 isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan

KUALA LUMPUR: Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan semalam akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun.
Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.
Permohonan dibuka selama setahun mulai 30 Januari atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi sebanyak RM100 juta melalui Malaysia Development Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan untuk menguruskan SARA 1Malaysia. 

Syarikat itu akan membuat pinjaman bernilai RM500 juta daripada bank tempatan bagi membolehkannya melabur sebanyak 500 juta unit dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang pulangannya diagihkan kepada pelabur SARA 1Malaysia setiap bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika melancarkan skim itu semalam, berkata, pendapatan bulanan setiap pelabur SARA 1Malaysia adalah terjamin, iaitu RM134 sebulan bagi yang melabur menggunakan wang simpanan sendiri, manakala yang meminjam memperoleh RM50 sebulan selepas ditolak RM84 bayaran balik. 
“Jika kita menggunakan pendapatan itu (daripada pelaburan) untuk membayar balik pinjaman, kita dapat RM50 setiap bulan dan RM5,000 lagi pada akhir lima tahun.

“Saya kira sukar untuk mendapat pakej seperti ini di mana-mana tempat lain di dunia... sebab itulah kita melancarkan produk ini kerana ia memberi manfaat besar. Hari ini adalah hari yang bersejarah, falsafah 1Malaysia diterjemahkan dalam bentuk produk untuk rakyat teramai,” katanya.

Majlis turut dihadiri kira-kira 10,000 tetamu, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Skim khas itu mempunyai ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan, iaitu satu produk pelaburan hibrid dalam unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan secara konsisten.

SARA 1Malaysia diperkenal untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dalam tabungan dan pelaburan, selain membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup. 

Najib juga berkata, skim itu adalah satu lagi usaha kerajaan untuk membela kepentingan rakyat seperti subsidi beras, tepung dan petrol RON95 yang dapat dibeli pada harga rendah. 

Saturday 14 January 2012

Semak Bantuan Rakyat 1 Malaysia



Keputusan samada layak atau tidak akan diketahui oleh pemohon bermula 15 Januari 2012 dan semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos. Pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.

Pembayaran BR1M dibuat secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.

Cara Tuntut Baucer BR1M :
Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara. Kaunter bergerak khas turut disediakan di ketiga-tiga bank berkenaan pada majlis penyerahan baucar di kawasan luar bandar untuk kemudahan orang ramai di pedalaman menunaikan baucar.

Pertanyaan Status Permohonan BR1M:
Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan. Atau anda boleh mula menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my.

Rayuan Permohonan BR1M :
Bagi pemohon yang gagal pula, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau download menerusi laman web www.treasury.gov.my

Lanjutan Tarikh Permohonan :
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menghantar borang permohonan, anda boleh mengahantar borang BR1M dimana tarikh penyerahan penghantaran borang telah dilanjutkan sehingga 10 Februari 2012.

Pengiraan Cukai Pendapatan


Baru-baru ini kerajan telah mengumumkan bahawa caruman KWSP akan dikurangkan dari 11% kepada 8% bermula Januari 2009. Sesiapa yang mahu mengekalkan 11% caruman perlu mengisi borang khas KWSP Disember 2009.

Persoalannya adakah pengurangan caruman ini akan memberi kesan kepada cukai yang kena dibayar oleh seseorang itu. Untuk tujuan itu mari kita teliti contoh berikut

Contoh 1

Jadual Kadar Cukai

  

Seorang yang mempunyai gaji bulanan RM 4,000.00. Bujang dan tiada pelepasan lain dituntut kecuali KWSP.

KWSP 11% RM 440.00 x 12 bulan = RM 5,280.00
KWSP 8% RM 320.00 x 12 bulan = RM 3,840.00


Senario 1 - Kekalkan caruman 11%


Senario 2 - Kurangkan caruman kepada 8%


Perbezaan cukai kena dibayar RM 526.00


Contoh 2


Seorang yang mempunyai gaji bulanan RM 4,000.00. Bujang dan mempunyai polisi insuran hayat dan perubatan RM 200.00 sebulan (RM 150 untuk hayat dan RM 50 untuk perubatan), Yuran Langanan Jalur lebar (RM69/Sebulan), Pembelian Buku, Majalah, Terbitan & Jurnal: RM750, Pembelian Komputer Peribadi: RM 1900.


KWSP 11% RM 440.00 x 12 bulan = RM 5,280.00
KWSP 8% RM 320.00 x 12 bulan = RM 3,840.00
Insuran hayat RM 150.00 x 12 bulan = RM 1,800.00
Insuran perubatan RM 50.00 x 12 bulan = RM 600.00
Jalur Lebar RM69.00 X 12 bulan = RM 828
Buku & Majalah: RM750
Komputer Peribadi = 1900.00

Senario 1 - Kekalkan caruman 11%

Senario 2 - Kurangkan caruman kepada 8%

Perbezaan cukai kena dibayar RM 25.20

Dari 2 contoh di atas didapati perbezaan yang agak besar untuk Contoh 1 tetapi perbezaan yang kecil untuk Contoh 2. Perbezaan antara Contoh 1 dan 2 adalah Pelepasan Insuran hayat dan perubatan di Contoh 2. Jadi kesimpulannya tiada perubahan yang ketara sekiranya dikurangkan caruman dari 11 % ke 8% sekiranya kita juga menuntut pelepasan lain yang dibenarkan disamping pelepasan KWSP. Ada 19 kategori pelepasan semuanya yang dibenarkan. Terpulanglah kepada kita untuk menuntutnya atau tidak. Sistem Taksir Sendiri bermakna cukai kita sendiri yang mengiranya. Jadi berapa banyak cukai yang akan dibayar terpulang kepada perancangan cukai kita.

Zakat merupakan salah satu rukun Islam dan wajib dikerjakan oleh orang Islam bagi yang cukup haulnya. Cukai Pendapatan pula adalah diwajibkan oleh kerajaan untuk orang yang layak dikenakan cukai. Kedua duanya dibayar kepada kerajaan. Zakat digunakan untuk membangunkan ekonomi Islam dan membantu orang fakir miskin untuk hidup sepertimana orang yang biasa. Cukai pendapatan pula digunakan untuk pembangunan negara seperti pembinaan infrastruktur dan lain-lain.
Ada orang berkata buat apa bayar cukai. Cukai tiada di dalam hukum Islam. Malah ada yang kata haram bayar Cukai Pendapatan. Sebenarnya kalau kita baca sejarah zaman Rasulullah kita tentu akan terjumpa istilah Jizyah iaitu suatu bayaran yang diwajibkan ke atas orang bukan Islam yang tinggal di dalam kerajaan Islam di Madinah. Bagi orang Islam tidak perlu membayar Jizyah tetapi perlu membayar Zakat.

Dalam konteks Malaysia, kerajaan telah cuba mengintegrasikan zakat dan cukai pendapatan dengan pemberian rebat ke atas zakat yang telah dibayar oleh umat islam. Tiada had. Seberapa banyak pun zakat yang dibayar akan ditolak dari cukai yang sepatutnya kena bayar. Dengan syarat zakat dibayar di dalam tahun taksiran yang berkenaan dan resit adalah dari Jabatan Agama Islam Negeri Negeri di Malaysia.

Contoh

Ali sepatutnya membayar cukai pendapatan sebanyak RM450.00. Ali telah membayar zakat pendapatan RM400.00, zakat simpanan RM50.00 dan zakat fitrah RM20.50. Jumlah zakat dibayar RM 470.50. Jadi Cukai Ali ditolak dengan Rebat Zakat (terhad kepada amaun cukai) Ali tidak perlu membayar lagi cukai pendapatan.


Tidak cukup dengan itu bagi sesiapa yang telah membuat potongan zakat melalui potongan gaji setiap bulan sekiranya amaun potongan itu sama atau berlebihan berbanding dengan amaun potongan cukai berjadual yang sepatutnya dibuat potongan maka dia dikecualikan dari membuat potongan cukai berjadual sama sekali. Sekiranya amaun potongan zakat yang dibuat kurang dari potongan cukai berjadual yang sepatutnya dipotong maka jumlah potongan cukai berjadual yang perlu dibuat potongan hanyalah beza antara amaun potongan zakat dan amaun potongan cukai berjadual yang sepatutnya dibuat potongan. Mungkin nampak macam berbelit-belit tetapi akan mudah jika dilihat melalui contoh berikut.

Contoh 1

Ahmad membayar zakat pendapatan melalui potongan gaji dengan Pusat Zakat Selangor. Potongan zakat dibuat sebanyak RM 50.00. Mengikut jadual Potongan Cukai Berjadual(PCB) di dalam Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan Ahmad layak kena potongan PCB sebanyak RM50.00. Jadi oleh kerana Ahmad telah membuat potongan zakat, Majikan tidak perlu membuat potongan PCB lagi.

Contoh 2

Abu membuat potongan zakat RM 40 sebulan. Abu layak kena potongan PCB sebanyak RM55 sebulan. Jadi Majikan cuma perlu buat potongan PCB atas beza potongan zakat dengan amaun PCB sepatutnya dipotong sahaja iaitu RM 55 - RM 40 = RM 15 sahaja. Tambahan RM 15 sahaja yang perlu dibuat potongan cukai oleh Majikan.

Begitulah komitednya kerajaan di dalam menggalakkan orang Islam melaksanakan rukun Islam ke 4 ini. Namun berapa ramai orang yang mengaku beragama Islam melaksanakan rukun Islam ini. Sama-samalah kita fikirkan.